Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman penjara ketika ini, boleh menghadiri sidang Dewan Rakyat.<br /><br />Namun, menurut Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, kehadiran bekas Perdana Menteri itu bukan bawah bidang kuasanya tetapi bergantung kepada kebenaran daripada Jabatan Penjara.<br /><br />Tambahnnya, kelayakan Najib sebagai Ahli Parlimen hanya akan terlucut selepas petisyen pengampunannya ditolak.
